Semua org akn mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti
segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang
memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
1. Sedekah Jariah
Pada 23 Julai 2010, Jumaat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah
menyampaikan satu khutbah berkenaan sedekah dan sumbangan yang x
memutuskan amalan kita. Kata beliau, sedekah atau sumbangan yang
mendorong kearah kebaikan tidak akan memutuskan amalan kita malah
menambahnya. Contoh sumbangan tersebut ialah sumbangan pembinaan masjid.
Walaupun pemberi sedekah telah meninggal dunia, tetapi drpd sedekahnya
td, sebuah masjid dpt dibina. Dan masjid itu digunakan untuk membuat
sesuatu kebaikan. Maka si pemberi hadiah turut mendapat pahala
sebagaimana dia[ orang yg menggunakan masjid ] membuat kebajikan. Dan
mengapa Allah menjanjikan sedemikian? Kerana x ramai org yg sanggup
membelanjakan harta ke jalan Allah. Disebabkan harta, manusia sanggup
berkelahi. Disebabkan harta, manusia sanggup membunuh sesama manusia.
Dan disebabkan harta, manusia sanggup memutuskan hubungan sesama Islam.
2. Ilmu yang Bermanfaat
Ilmu mempunyai banyak jenis. Contohnya ilmu dunia, ilmu akhirat dan
ilmu hitam. Tapi yang x memutuskan amalan kita ialah ilmu yang memberi
kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Ilmu seperti ini apabila
diamal oleh orang yang masih hidup [ orang yang dididik oleh kita ]
untuk kebaikan, kita pun sama mendapat pahala tersebut. Itulah yang
dapat menyelamatkan kita di dalam kubur. Contohnya membaca al- Quran.
Apabila kita mengajar seseorang itu membaca al – Quran, dan disebabkan
apa yang di ajarkan itu membolehkan dia[ orang yang belajar ] membaca
al-Quran dgn betul serta dapat bersolat, maka pahala kita sama seperti
dia walaupun kita hanya mengajarnya membaca surah al-Fatihah dan dia
mendalami ilmu – ilmu tersebut dgn org lain.
3. Doa Anak – anak Soleh
Didikan agama sejak anak – anak masih kecil perlu bg menjadikan
mereka( anak – anak) menjadi anak yg soleh. Kita dpt melihat betapa anak
– anak sekarang menjadi rosak gara – gara masalah sosial. Gejala sosial
semakin menjadi – jadi. Pembuangan bayi sering menjadi perhatian akhbar
– akhbar tempatan malah indeksnya juga semakin meningkat saban tahun.
Di bandar – bandar besar, anak – anak gadis yang mendakwa dirinya Islam
sudah tidak mengambil berat tentang aurat. Mereka membuka aurat mereka
di khalayak ramai sehingga menjolok mata lelaki – lelaki. X cukup dgr
perbuatan itu, mereka membonceng motorsikal bersama teman lelaki mereka
smbil berpeluk – pelukan. Lagak mereka sama seperti org kafir yg menolak
Islam. Adakah anak – anak seperti ini yang Allah mendengar doanya??Dan
siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka??Jawapannya sangat mudah.
IBUBAPA lah yg bertanggungjawab terhadap apa yg dilakukan oleh anak –
anak mereka. Dgn memberi didikan awal terhadap anak – anak, mereka akan
menjadi org yg soleh dan seterusnya mendoakan kesejahteraan kita sama
ada kita masih hidup atau pun telah pergi meninggalkan dunia kerana
Allah mendengar setiap doa anak yg soleh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar